Sejarah Single Ai_no_Tane

Pada 1997, Sharan Q telah mencipta sebuah pertandingan mencari bakat iaitu "Josei Rokku Vōkarisuto Ōdishon" (女性ロックヴォーカリストオーディション) dibawah rancangan Asayan. Selepas pertandingan, produser dan vokalis Sharan Q, Tsunku telah mencabar Yuko Nakazawa, Aya Ishiguro, Kaori Iida, Natsumi Abe, dan Asuka Fukuda (lima peserta yang kalah dalam pertandingan itu) untuk menubuhkan sebuah kumpulan dan mengeluarkan album single, dimana sekiranya mereka berjaya menjual 50,000 unit CD, mereka akan dapat satu 'record deal'. Mereka menubuhkan kumpulan bernama Morning Musume, merakamkan lagu Ai no Tane dan berjaya menamatkan cabaran tersebut.